Kenapa ya.
..?Sebab kasih ibu terhadap anak melebihi segala-galanya sedangkan sebahagian anak kasih terhadap diri sendiri melebihi segala-galanya.
Ibu sanggup bersusah payah membasuh najis anak, menyalin pampers anak, membersihkan anak dari sebarang kekotoran tapi anak tak sanggup bersusah payah yang sama untuk ibu dan ayah sebab najis orang tua tak sama dengan najis anak kecil.
Ibu sanggup membersihkan mulut anak dari muntah tapi anak merasa sangat jijik untuk berbuat yang sama kepada ibu.
Ibu sanggup bersengkang mata menjaga anak yang tidak si
hat, tahan rasa mengantuk ditengah malam untuk sentiasa berada disisi anak kala anak ditimpa sakit. Tapi anak tak sanggup sebab esok kerja.Ibu sanggup korbankan harta untuk anak, untuk anak belajar dan memenuhi keperluan anak, tapi anak tak sanggup sebab banyak tanggungan. Nak bayar rumah, kereta, hutang kad kredit dan macam-macam lagi.
Ibu sanggup melayan segala kerenah anak, nak susu,bila bagi susu tak nak, mintak milo pulak. Pastu nak ayam goreng dan macam-macam minta itu dan ini. Tapi anak tak sanggup memenuhi permintaan ibu kala ibu sakit, ngada-ngada katanya.
Ibu mengaduh ketika sakit, kadang-kadang menjerit. Kadang-kadang kelakuannya seperti anak keci apabila umurnya telah tua. Anak marah dan kata ibu ni macam budak kecik je. Ibu mengada-ngada. Sedangkan itulah juga kelakuan anak itu diwaktu dia masih kecil

Waktu ibu sakit ni la mula nak bergaduh adik beradik sebab masing-masing nak melepaskan tanggungjawab kepada yang lain. Dan ibu yang telah uzur perasaanya terlalu sensitif dan mudah tersentuh. Bila dia kecil hati dengan mana-mana anak, dia mengadu pada anak yang lain. Dan anak yang diadukan tu jangan terus telan bulat-bulat apa yang diadukan ibu yang akan menyebabkan perselisihan dan sangka buruk dikalangan adik beradik. Selidik dulu aduan ibu, mungkin tak seperti yang diadukan. Sebab ibu waktu ni dah tak boleh kawal fikiran dan emosi. Dia kembali menjadi seperti kanak-kanak. Ini juga telah difirman Allah dalam surah yasin ayat 68.
" Dan barangsiapa yang kami panjangkan umurnya, kami kembalikan dia kepada awal kejadiannya (lemah akal seperti anak kecil). Maka apakah mereka tidak mengerti?"
Kalaulah kita ditakdirkan menjaga ibu di usia lanjutnya. Jagalah dengan sepenuh hati. ingatlah ni masa ibu. Tua kita nanti macam mana? Siapa nak jaga? nak duk rumah orang-orang tua? atau merempat kat tepi jalan?
Macam mana kita layan orang tua, macam tu juga kita akan dilayan dimasa tua kita nanti. Kalau nak layanan yang baik dimsa tua kita. Layanlah orang tua kita dengan sebaiknya. Peringatan dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mafhumnya: kedua mereka adalah syurga dan neraka kamu.
Berbuat zalim kepada mereka bermakna neraka. Berbuat baik kepada mereka bermakna syurga. Anak perempuan selama dia belum berkahwin, taat dan baktinya adalah pada orang tuanya. Tetapi bila dah berkahwin tidak bermakna terputus hubungan dengan mereka. Sangat patut menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Dan untuk anak lelaki sampai bila-bila pun taat dan bakti mereka adalah pada orang tua mereka. Orang tua itu adalah tanggungjawab mereka. Jagalah sepenuh hati. Sentiasa berdoa diberi hati yang baik untuk menjaga orang tua supaya tidak berkeluh kesah dan merungut kerana letih dan penat menjaga mereka.
Ibuku-usman Awang







No comments:
Post a Comment