16 December 2011

Singgah Kejap

Assalamualaikum...
Terlalu lama blog ni tak dijenguk apalagi nak update.sejak kawen feb 2010 dan dapat sorang anak,pastu tahun ni tambah lagi sorang, tak sempat2 nak update. Tanggungjawab yg bertambah dgn tumpuan pada anak2 yg masih terlalu kecil membuatkan masa sangat terhad. Tapi bila baca balik apa yg pernah dicoret disini mengembalikan saya pada keadaan saya pada masa lalu dengan idea,buah fikiran dan cara berfikir.Mudah2an ada kesempatan dilain masa utk sambung balilk kerana apa yg pernah ditulis dimasa lalu itu membuatkan diri rasa tertegur dgn ketaksiran dimasa sekarang.

18 January 2010

Antara Ibu Tua dan Anak Kecil

Selalu kita dengar orang-orang berkata : seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tak sanggup menjaga seorang ibu.

Kenapa ya...?

Sebab kasih ibu terhadap anak melebihi segala-galanya sedangkan sebahagian anak kasih terhadap diri sendiri melebihi segala-galanya.

Ibu sanggup bersusah payah membasuh najis anak, menyalin pampers anak, membersihkan anak dari sebarang kekotoran tapi anak tak sanggup bersusah payah yang sama untuk ibu dan ayah sebab najis orang tua tak sama dengan najis anak kecil.

Ibu sanggup membersihkan mulut anak dari muntah tapi anak merasa sangat jijik untuk berbuat yang sama kepada ibu.

Ibu sanggup bersengkang mata menjaga anak yang tidak sihat, tahan rasa mengantuk ditengah malam untuk sentiasa berada disisi anak kala anak ditimpa sakit. Tapi anak tak sanggup sebab esok kerja.

Ibu sanggup korbankan harta untuk anak, untuk anak belajar dan memenuhi keperluan anak, tapi anak tak sanggup sebab banyak tanggungan. Nak bayar rumah, kereta, hutang kad kredit dan macam-macam lagi.

Ibu sanggup melayan segala kerenah anak, nak susu,bila bagi susu tak nak, mintak milo pulak. Pastu nak ayam goreng dan macam-macam minta itu dan ini. Tapi anak tak sanggup memenuhi permintaan ibu kala ibu sakit, ngada-ngada katanya.

Ibu mengaduh ketika sakit, kadang-kadang menjerit. Kadang-kadang kelakuannya seperti anak keci apabila umurnya telah tua. Anak marah dan kata ibu ni macam budak kecik je. Ibu mengada-ngada. Sedangkan itulah juga kelakuan anak itu diwaktu dia masih kecil

Waktu ibu sakit ni la mula nak bergaduh adik beradik sebab masing-masing nak melepaskan tanggungjawab kepada yang lain. Dan ibu yang telah uzur perasaanya terlalu sensitif dan mudah tersentuh. Bila dia kecil hati dengan mana-mana anak, dia mengadu pada anak yang lain. Dan anak yang diadukan tu jangan terus telan bulat-bulat apa yang diadukan ibu yang akan menyebabkan perselisihan dan sangka buruk dikalangan adik beradik. Selidik dulu aduan ibu, mungkin tak seperti yang diadukan. Sebab ibu waktu ni dah tak boleh kawal fikiran dan emosi. Dia kembali menjadi seperti kanak-kanak. Ini juga telah difirman Allah dalam surah yasin ayat 68.

" Dan barangsiapa yang kami panjangkan umurnya, kami kembalikan dia kepada awal kejadiannya (lemah akal seperti anak kecil). Maka apakah mereka tidak mengerti?"

Kalaulah kita ditakdirkan menjaga ibu di usia lanjutnya. Jagalah dengan sepenuh hati. ingatlah ni masa ibu. Tua kita nanti macam mana? Siapa nak jaga? nak duk rumah orang-orang tua? atau merempat kat tepi jalan?

Macam mana kita layan orang tua, macam tu juga kita akan dilayan dimasa tua kita nanti. Kalau nak layanan yang baik dimsa tua kita. Layanlah orang tua kita dengan sebaiknya. Peringatan dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mafhumnya: kedua mereka adalah syurga dan neraka kamu.

Berbuat zalim kepada mereka bermakna neraka. Berbuat baik kepada mereka bermakna syurga. Anak perempuan selama dia belum berkahwin, taat dan baktinya adalah pada orang tuanya. Tetapi bila dah berkahwin tidak bermakna terputus hubungan dengan mereka. Sangat patut menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Dan untuk anak lelaki sampai bila-bila pun taat dan bakti mereka adalah pada orang tua mereka. Orang tua itu adalah tanggungjawab mereka. Jagalah sepenuh hati. Sentiasa berdoa diberi hati yang baik untuk menjaga orang tua supaya tidak berkeluh kesah dan merungut kerana letih dan penat menjaga mereka.

Ibuku-usman Awang

16 January 2010

Kata Ahli Hikmah


"Jika engkau ingin ketahui kedudukan mu disisi Allah, maka perhatikanlah di bahagian mana Allah menetapkan mu berada"

"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaan mu itu"

'Athoillah As-sakandari

13 January 2010

Mutiara Hukamaa'

"Barangsiapa yang menyombongkan kepandaiannya bermakna ia menzahirkan kebodohannya. Tinggi jatuh seseorang itu bergantung pada sejauh mana yang dipanjatnya".


10 January 2010

Tiada pengganti sebaik ibu..

Setiap kita yang hidup di dunia ni pasti dilahirkan oleh ibu..saya dan anda, mungkin kita sebagai anak, sebagai ibu, sebagai ayah, sebagai nenek dengan apa saja jawatan yang kita sandang, dengan apa saja pekerjaan kita, dengan macam manapun latar belakang pendidikan kita..kita tak boleh nafikan yang kita punya ibu. Mungkin ibu yang lahirkan kita itulah yang besarkan kita hingga berjaya. Mungkin juga dia telah pergi dahulu sewaktu melahirkan kita, atau sewaktu kita sedang membesar..atau juga setelah kita dewasa dan berkeluarga...atau juga dia masih dipanjangkan usia dan masih bersama-sama kita.. dengan jasa dan pengorbanannya, sangat patut kita doakan untuk mereka..

Walau pun kita pernah kecil hati dengan ibu, sakit hati dengan ibu, tak setuju dengan ibu, pernah tak kita fikir sudah berapa banyak ibu berkecil hati dengan kita...pernah tak air mata ibu tumpah sebab perangai kita...menghayati bait-bait di bawah, menyedarkan kita dan melembutkan hati kita supaya menghargai ibu andai dia masih ada dan mendoakan keselamatannya..dan jangan lupa berbakti padanya..

"Azimat Ibunda"

Langit kirmizi menghantar dirimu..
menuju jalan pulang..
hari-hari indah bersamamu..
bertabur di tanah kenangan..

wajah berona simpati kau tatapi..
buat kali terakhir..
sedih dan sayu dari kamar atma..
mengundang air mata..

hanya rindu dan doa buatmu...
semoga kau..tenang dan bahgia..
agar syurga menjadi milikmu..
bukan hanya ditelapak kakimu...

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu..

menumpang di segenap ruang..
yang ada di lubuk perkasihan...
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu..
sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu..
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu..

setitis airmata ibu yang gugur kerana kesedihan..
segaris luka dihati ibu kerana kederhakaan..
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya..
azimat ini kutanam dilubuk hati yang dalam..

di tirai malam aku bersandarkan..
pada dinding kepiluan..
bersenandungkan merdu suara alam..
terlena dirajutan rindu..


tiada yang terindah di dunia..
dapat mengganti hilangmu..
pilihan yang terbaik tak kan dapat..
mengisi relung hatiku..