27 December 2009

Tak Sedar

Rupa-rupanya hari ni 10 Muharram. Betul-betul terlupa. Sebab sibuk dengan tetamu jauh yang datang berziarah. Apa ya amalan yang dah saya buat hari ni?.Ingat-ingat balik, malam 10 Muharram saya potong kuku sebab dah panjang, tak boleh tangguh sampai hari isnin. Ya, malam tu kira dah masuk 10 Muharram.

Sarapan pagi tadi belanja keluarga dan tetamu yang bertandang dengan nasi ayam kampung. Ni kira melapangkan belanja untuk keluarga la agaknyaa ni.

Lepas tu ziarah saudara yang sakit agak tenat kat hospital. Sayu hati tengok peaskit ni. Masih muda. Ni pertama kali saya ziarah beliau sejak dimasukkan ke hospital. 9 bulan beliau terlantar tak boleh bangun dari pembaringan. Berat saya melihat beliau menganggung penderitaan kanser pankreas. Dah tahap serius. Mak cik yang sama ziarah tak dapat menahan air mata dari tumpah, berpusing kebelakang lalu mengesat air mata. Saya seupaya mungkin menahan genangnya dari mengalir. Dalam hati tak putus-putus berdoa: "Ya Allah, berikanlah keringanan terhadap penyakitnya. Berikanlah dia kesembuhan. Ringankanlah beban sakitnya ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosanya. Ya Allah kalau lah kerana dosa-dosaku aku tidak layak memohon, tapi untuk saudarakau ini kau perkenankanlah, ringankanlah penderitaannya " Selawat syifa' juga saya baca. Melihat isterinya yang bertudung labuh dan berjubah setia membasahkan bibir suaminya yang kering, dengan wajah teduh, tak terkeluar sepatah kata teguran dari mulut saya. Sebak.. tak mampu berkata apa-apa. Dalam hati saya terus menerus berdoa dengan rasa harap moga-moga Allah Taala ringankan penderitaan beliau. Dalam doa, dalam sujud saya sertakan beliau dan isteri. Moga isteri solehah ini diberi ketabahan dan kekuatan dalam melalui semua ujian ini.

Tapi semua amalan diatas saya lakukan tanpa sedar yang hari ni 10 Muharram. Semuanya macam kebetulan saja. Petang tadi bila dah sedar yang hari ni 10 Muharram, barulah bersedekah sikit. Agak-agak dapat fadhilat 10 Muharram tak ya amalan yang dah buat tanpa sedar tu....? :)...

No comments: