19 December 2009

Dia Datang Lagi...

Dia datang lagi. Beryukur kita masih bernafas dalam tahun baru hijri ni. Selalu orang cakap pasal hijrah sekarang ni hijrah dari yang tak baik kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik. Ya betul. Ada juga saja-saja tambah hijrah dari bujang kepada kawin. Kebetulan pulak dengan cuti sekolah yang panjang. Ada yang beroptimis dengan tarikh yang baik 1 muharram melangsungkan walimah. Sebaliknya pula ada yang mengelak walimah dibulan muharram ni, sebab katanya bulan baik ni tak nak la sibuk-sibuk. Bulan nak bersuka ria..terpulang lah masing-masing..

Bila sebut-sebut, sembang-sembang, bincang-bincang atau berforum, diskusi dan sebagainya,,selalunya fokus kepada hijrahnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabatnya dari Makkah ke Madinah. Dikaitkan juga dengan hijrah kita yang sesuai dengan kita dizaman sekarang ni..


Bila sebut hijrah,,yang paling penting kita kenal tuan yang berhijrah mula-mula sekali tu..Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam..Pastu cek diri kita sendiri, betul-betul ke kita cinta Raslullah? Nak tahu betul atau tidak, cek pulak dalam sehari berapa kali kita selawat kepada baginda? Pastu cek lagi yang kita ni banyak buat ke banyak langgar apa yang Rasullah dah ajar? Dah cinta baginda, cinta tak kita pada para sahabatnya? Ada rasa sangka buruk dalam diri kita pada sahabat-sahabatnya? Ada tak rasa jengkel kita pada sahabatnya? tak kira la sorang sahabat ke atau beberapa orang? cinta kita pada keluarga baginda macam mana pulak ya..?Kalau la tak kerana hijrahnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Keluarga dan sahabat-sahabat baginda, kita tak dapat iman yang kita punya sekarang..walaupun iman kita cepat sangat pasang surutnya..tapi kita ada iman tu kan..?

Rasullah tak pernah marah-marah sapa-sapa yang tak nak terima dakwah baginda. Baginda terus je berdakwah walaupun dibaling batu..tak de pulak baginda ambik balik batu tu baling balik kat sapa-sapa yang lempar tu..ha..mulianya baginda Rasulullah....Tengah-tengah baginda berdakwah kepada bapa saudaranya yang tercinta diakhir umurnya,,datang pulak si Abu Jahal ni terhegeh-hegeh (dia tak marah ya orang panggil dia Abu Jahal..) Menghasut Abu Talib ni
jangan masuk Islam..tergugat Abu Talib..sedih betul Rasulullah.. Baginda nak sangat bapa yang
tercinta ni menemui Allah Taala dengan beriman..tapi kacau bebeno si Abu Jahal ni..Akhirnya mengadap Ilahi Abu Talib tanpa memeluk Islam..Rasulullah marah tak Abu Jahal si penghasut ni?...Baginda sampaikan terus dakwah tanpa jemu tanpa maki hamun orang tua sorang ni...Hidayah tu kan datangnya dari Allah Taala..Tingginya sifat sabar Nabi... Agungnya Baginda. Mulianya Baginda..sangat terpujinya Baginda..kalau sebelum ni kita langsung tak selawat Nabi..elok la mula selawat..kalau selawat sikit-sikit ja, banyak-banyakkan selawat tu.. nanti Nabi tak kenal kita ni umatNya..kalau tak kenal macam mana Baginda nak bagi Syafaat Uzma yang Baginda miliki?

2 comments:

qamarguyz said...

salam ziarah..
nice bloG! truskan dakwah, mncipta mahu mnuju mampu..
m0ga tahun baru, catatan baru ini memberi lebih kebaikan & kebahGiaan buat kita semua..

singgah said...

w/salam.terima kasih