15 November 2009

Saudara kita di Palestin

Sewaktu ke pusat membeli belah baru-baru ni, rasa teringin nak beli sejenis minuman jus dalam botol dibahagian sejuk. Tengok jenama minuman tersebut teringat boikot produk musuh Islam. Cari jenama lain sebagai pilihan..tak ada...Tapi teringin sangat...dah lama tahan sebab kenangkan serangan Israel ke atas palestin dan juga kempen boikot memboikot. Dan agak lama juga tak dengar berita tentang serangan terkini Israel. Fikir punya fikir..tak apalah tak minum. Bukannya mati pun. Setakat tak lepas hajat je. Saudara kita di Palestin kenyang pun tidak. Tempat tinggal ntah ada ntah tidak, apa lagi nak hidup selesa. Air kosong bersih belum tentu cukup apa lagi nak minum jus. Sama juga dengan saudara2 kita yang lain di merata negara yang sering menjadi mangsa musuh2 Islam. Tekanan mengelilingi mereka yang bermukim di negara yang tidak dikuasai oleh pemerintah Islam.... Tak apalah aku masih boleh buat jus sendiri, pujuk hati ni... Aku tak dapat pergi tolong mereka., bagi derma pun tertangguh. Doa sesekali bila teringat. Melalui ekonomi ni le aku tolong, walaupun kata orang tak berkudis pun kat pengeluar produk tu kalau aku tak beli. Ramai lagi orang yang beli, tapi tak apalah...ni je cara aku berkongsi rasa dengan mereka....saya terus memujuk hati sendiri...

Gas kehabisan di Gaza, krisis kemanusiaan yang teruk akan berlaku








No comments: