16 May 2009

Selamat Hari...

Selamat Hari Ibu.
Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Jururawat.

Bulan Mei meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang. Pastinya yang bergelar wanita sangat bersyukur dan beruntung dilahirkan sebagai seorang wanita. Ibu sangat berbangga mempunyai anak berjaya. Sebaliknya berduka dikurniakan anak yang bermasalah. Kita sebagai anak berbangga dengan ibu yang melahir dan mendidik kita. Apakah nanti anak kita juga berbangga beribukan kita?.
Sudahkah kita bersedia menjadi ibu yang akan dibanggakan oleh anak-anak?
Sudah cukup baikkah kita sebagai guru yang mendidik murid-murid?
atau cukup lembut dan sopankankah kita sebagai jururawat yang melayan pesakit?.
Hari-hari yang diraikan ini juga sebagai hari muhasabah untuk wanita dengan peranan masing-masing. Yang kurang diperbaiki.

Sebagai ibu jangan jemu mendoakan anak. sejahat manapun dia, tetap anak ibu yang mengandung dan melahirkan dia.
Sebagai guru jangan bosan mendoakan kebaikan murid. senakal manapun dia, tetap dibawah bimbingan dan didikan kita.
Sebagai jururawat banyakkan doa untuk pesakit. Penat macam mana pun kita, lebih penat dan bercelaru perasaan sebahagian dari mereka yang menderita sakit.
Sebagai insan biasa kita yang tidak ada peranan di atas doakanlah untuk kesejahteraan semua saudara kita.

No comments: