14 July 2008

Semoga Ditetapkan Iman



Petang-petang begini, setelah selesai solat asar, cikgu muda ni menyapu halaman rumah. Menyiram pokok. Mencabut rumput.

Kata mak cikgu, zalim kita pada pokok jika tidak disiram sedangkan kita yang menanamnya.

Disebelah rumah yang terlindung sedikit dari bahagian hadapan, disitu cikgu sedang menyapu apabila terdengar suara lelaki memberi salam. Salam tidak bersambut dan dia mengulang lagi salam itu.

cikgu jenguk lihat siapa gerangannya. Nampak saja cikgu, dia datang mendekat perlahan-lahan.

"Assalamualaikukm kak".

"Waalaikumussalam...". cikgu agak was-was dengan pemuda yang tak pernah cikgu kenal tu..

"Akak jangan takut, saya bukan orang jahat. Saya ada jual buku untuk diajar pada anak-anak. Akak boleh tengok ni".

"oh..akak belum ada anak. akak tak berminat nak beli". cikgu sebenarnya agak bosan dengan tawaran macam ni. Dimana-mana ada.

"Akak boleh beli yang ini, sarung untuk kotak tisu.

Akak, sebenarnya saya ni sedang mencari dana untuk sambung belajar. Nak mintak pada ibu bapa ...Maklumlah...".

Dia tidak menghabiskan ayat. Biar cikgu faham sendiri.
"Awak dari mana?"

"Saya datang dari sarawak ni. Akak pernah dengar tak 'JTM' ?"

"JTM?"

" Jabatan Tenaga Manusia. Saya ni dari JTM. barang-barang yang saya jual ni pun dari sana. Ada cawangannya di Sarawak. Saya nak sambung belajar. Jadi saya perlukan dana."

Cikgu bertanya beberapa soalan untuk melihat kejujuran anak muda ini, tetapi cikgu itu tidak mahu menyusahkan perasaan anak muda ini untuk menjawab soalannya tentang result SPM . Cikgu tengok orangnya baik ja. Sopan dan penuh keyakinan.

"Akak ni cikgu ka?"

"Pernah jadi guru tapi dah berhenti".

"Betul sangkaan saya. Naluri saya kuat mengatakan yang akak ni seorang guru. Tadi saya jumpa seorang perempuan disana (jiran cikgu tu). Saya agak dia seorang guru dan memang betul."

Cikgu cuma tersenyum.

Akhirnya cikgu ni pun pilih le satu sarung kotak tisu itu untuk membantunya.
" akak ambil yang ini ya..tunggu sekejap akak masuk ambil duit."

"Terima kasih kak. Mudah-mudahan akak ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki".

"Amiin...". cikgu mengaminkan doanya. Belum pernah seumur hidup cikgu ni menerima doa ketetapan iman dari sesiapa sahaja yang cikgu beri sumbangan kepadanya. Kalaulah masih ada ditangan saya pada waktu itu wang, tak berfikir panjang pasti saya hulurkan kepadanya sebagai 'hadiah' untuk doa yang telah dipohon untuk saya. Ralat juga rasanya. bisik cikgu dalam ati..

No comments: